بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Aku pun ada perasaan.

Posted in , ,

Terkedu bila ada jugak yang pernah bertanyakan kepada aku, yang sering meminta pendapat atau nasihat berkenaan dengan cintan cintun ni. Bukan seorang, tapi agak ramai jugaklah. Aku suka berkongsi, mungkin ada antara perkara-perkara yang baru dapat manfaat kepada semua. Soalan yang sering ditanya, "adakah anta mempunyai kekasih", "apa pendpat anta bila mempunyai kekasih ".
Jawapan saya mudah. tidak perlu. Dan saya tiada kekasih. Memamng pernah ada perasaan itu terhadap seseorang, namun kita perlu ingat, dan perlu cepat tersedar, sebab Allah dah berfirman

"Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

Dalam ayat ni jelas.....
Syaitan telah mengaburi mata kita bahawa perkara yang tidak elok itu dipandang indah. Sebab apa wajar saranan saya supaya kita perlu hindari? sebab antara kita ramai yang susah untuk mengekang kehendak nafsu.
Bukanlah saya ni anti-sosial atau sebagainya, dan saya pun tidak mengatakan saya ini baik. Tapi sekadar untuk mengingatkan pembaca dan diri saya yang lemah ini. Tapi sebagai motivasi untuk semua, saya mula-mula sekali tersentuh apabila membaca artikel yang telah aku coretkan, Hatiku Tersentuh. Jaga batasan, jadikan perantara adalah Allah dan bukan syaitan dan nafsu semata-mata..

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails