بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Aku Mencari MLM

Posted in , ,

Macam-macam Multi-Level Marketing yang tumbuh macam cendawan hari ni,
nak tak nak beratus MLM yang tumbuh, beratus juga yang bungkus.
Bukan aku nak cakap apa-apa pasal MLM tertentu, tapi kekuatan MLM tu yang aku nlai,
adalah dari segi yang utama sekali produk, kedua prestasi untuk produk itu mendapat sambutan.
last sekali baru aku fikirkan pasal modal atau pasal ha$il...
Aku nak pesan kepada semua, kesian aku tengok, melabur ribu-ribu,
akhirnya, habuk pun tarak. Pengalaman aku sikit-sikit dalam MLM.




Jual gelang magnet. Sape tak pernah kenal dengan duta E-Dymium pada ketika itu. AC Mizal.
Tapi sekarang, AC dah punyai empayar beliau sendiri dengan menubuhkan AC Konsortium. Aku jual sekejap je. Tak balik modal pun, lagi pun bukan hari-hari orang perlukan gelang.

2) Island Red Cafe (2009-2010)



Aku mula tahu Island Red Cafe (IRC) sejak hujung tahun 2008-2009. Masa tu IRC baru dibuka
di Bandar Baru Perda. Memang ramai giler yang makan kat situ,. kadang-kadang tempat duduk pun tak muat, Terpasa tunggu orang bangun. Bukannya ramai orang yang makan, tapi sibuk mencari ahli atau downline baru. Makan dah dekat 2 jam habis. Ceramahnya pulak panjang lebar. Dalam hati katakan, memang ni la yang MLM yang terbaik. Satu sebab ia makanan, kedua sebab, makanannya mewah. Harga mahal pun tak terasa sebab dibayar menggunakan kad ( ala-ala kad kredit khas). Best ar bile makan orang belanja.Memang aku nak join MLM ni, tapi ade seseorang yang menasihati aku agar tunggu dahulu kerana pihaknya sedang melakukan sisatan terhadap syarikat ini. tunggu punya tunggu, 2010...Tauke lari..Bungkussss. Nasib baik aku tak join.....Ramai juga jutawan dari IRC ni. Tapi kenapa dah tukar ke PG Red cafe??




Score A program. Kekuatan score A program adalah mewujudkan gaya hidup pembelajaran baru menggunakan E-Learning Program. Satu portal berharga lebih kurang RM5** untuk 6 bulan.
Score A juga diterajui oleh Kenshido International dan presidennya Mr. Jason Kok, juga merupakan Group CEO/ President bagi Score A Program. Bila ditanya apakah beza Score A E-Learning dengan E-Learning yang lain, seperti Online tutor yang dimiliki Uusan Malaysia, Score A program mempunyai Bank soalan-soalan lepas untuk semua peringkat peperiksaan tertinggi Malaysia. Jumlah soalan, beribu-ribu lemon. Konsep belajarnya sama, Latih tubi. Score A juga mendapat pengiktirafan dari kementerian pelajaran. Usaha lebih tetap ada hasilnya....Jangan lupa tawakkal, Jom kita zoom in, dimana anak seorang nelayan, ibunya seorang tukang sapu, tidak punya komputer mahupun laptop. Nik Nur Madihah, Pelajar terbaik SPM 2008, dengan pencapaian 20A......ye....20A je. Namun tak dinafikan Score A pun ada melahirkan jutawan.




Terkenal dengan produk kesihatan untuk lelaki dan wanita, dan merupakan pengeluar Red Coffee, Extremen, Extremewomen dan lain-lain produk kesihatan. Tapi malangnya selepas 2 tahun beroperasi, ramai yang tidak sedar bahawa lesen syarikat telah ditamatkan pada tanggal 17/9/2008, boleh rujuk di sini. Pihak penguat kuasa telah menyerbu Ibu pejabatnya di Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada 10 Februari 2010 yang lalu.

Siasatan mendapati kopi pra campuran Extremen pula ada bahan  hydroxythiohomosildenafil 


Penjelasan : Sildenafil (Viagra) - digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi atau mati pucuk). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku. Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Kandungan dalam Extremewomen tersebut mengandungi tadalfil dan kaffein



Penjelasan : Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi atau mati pucuk). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.

Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.
Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu sex mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.

Agak menakjubkan,sebuah syarikat MLM yang mempunyai gaya dan cara yang tersendiri untuk menarik minat ahli-ahlinya agar melabur. Diterajui oleh bumiputera dan juga mempunyai banyak cawangan yang kukuh. Namun masih dalam perbicaraan apabila diserbu oleh Bank Negara. Mana-mana syarikat perniagaan yang memerlukan khidmat BuluhMas untuk mengiklankan pelbagai produk mereka secara bergerak. Selagi perbicaraan belum selesai, aku tidak boleh komen apa-apa mengenainya.

5) Hai-O Marketing (Bio-Aura)



Salah satu penemuan teknologi nano yang mendapat sambutan buat masa kini, air tapisan Bio-Aura. Founder Hai-O, Mr. Tan Kai Hee yang berpengalaman selama 30 tahun dalam selok belok perniagaan telah menarik minat ramai bumiputera untuk melabur dan mewujdkan sistem MLM, sehinggakan ada iklan-iklan di TV mempromosikan Bio-Aura.. Alhamdulillahhh...... Modal RM20,000, perlu jual 20 set penapis. 1 penapis jatuh harga RM2000. Aku student, tak mampu nak ada modal banyak tu.

6) Al-Wahida Marketing (HPA)


Tidak dapat dinafikan, satu-satunya syarikat yang mementingkan konsep islamik sepenuhnya, dari segi produk dan pengurusan kewangan. Kalau nak dikatakan HPA terbaik, memang sudah diakui apabila merangkul pelbagai anugerah, antaranya anugerah MAHA 2008. Melalui sistem yang tidak meragukan lagi, dengan produk-produk yang halalan toyyiba, boleh digunakan untuk kegunaan harian dan persendirian. Aku juga merupakan Ahli HPA yang berdaftar. Kalau dilihat secara kasarnya, untuk mereka yang mementingkan wang semata-mata, HPA dikatakan agak perlahan, namun hakikat itu meleset, kita akan cepat berada dalam kedudukan yang selesa jika kena dengan caranya. Dengan konsep mengumpul nilai mata adalah amat menguntungkan Ahlinya, disamping ia menjana ekonomi ummat islam. Produk utamanya ialah kopi radix. Kehebatan kopi radix ini tidak dapat ditandingi lagi apabila ada pihak yang sanggup untuk membuat kopi radix yang palsu untuk dijual. HPA juga telah membuka Radix Fried Chicken, (RFC) setanding dengan KFC yang sedia ada. Inilah salah satu usaha untuk mengangkat martabat umat Islam. Mencari yang halal adalah ibadah. Bak kata Tuan Hj. Ismail, Orang barat sanggup menukarkan jongkong-jongkong emas sekiranya mereka tahu khasiat herba.


Kalau hendak diikutkan, banyak lagi syarikat MLM yang aku hendak huraikan. Bukan hanya yang diatas ni saja. Tapi hakikatnya, kita perlulah mengkaji, sama ada syarikat itu mempunyai sistem yang dibenarkan oleh syarak dalam proses pembahagian wang, dan tidak berunsur menindas. dari segi produk, biarlah ia nya halal dan boleh digunakan tanpa was-was. Kebanyakan syarikat MLM kini mempunyai panel syariah yang akan memberi nasihat tentang muamalat. Janganlah kita hanya melihat hanya pada satu, tapi kaji baik dan buruknya sebelum membuat keputusan, Manusia kini, nampak je wang, halal, haram nombor 2.... So....yang mana terbaik? bagi saya HPA adalah terbaik. Anda bagaimana???



Comments (3)

semua kena usaha...lebih usaha...lebih rezeki...

Usaha disamping tawakal .....usaha lebih dapat lebih.. tp bukan niat nk halalkan cara...

yg join MLM sekarang ni sume pikir nak kaya cepat.. fokus diorang nak cepat dapat downline sampai sanggup paksa2 org sekeliling.. org benci kita kalo buat camtu.. camne nk dapat hasil.. bile dah putus asa, mula la hebahkan cerita kononnya MLM tu menipu, MLM ni menipu.. padahal diri sendiri yang tak mampu buat.. kesannya, nama MLM jugak yg jadi buruk..

tak semua org mampu buat MLM hingga berjaya.. MLM ni amik masa utk btol2 nampak hasil yg memberansangkan.. mungkin amik masa sebulan, 8 bulan, mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin bertahun2.. sume bergantung pada usaha.. setakat join pastu pikir nk goyang kaki memang tak dapat la..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails