Saya terbaca info ini di salah satu laman sosial info ini agak menarik, jadi saya kongsikan buat tatapan anda semua....
Bagaimana untuk mengenal pasti si ‘dia’ itu pasangan hidup anda? Disini ada beberapa tips yang mungkin berguna sebagai panduan.
DIA JODOH KU.. ?
benarkah seperti yang diperkatakan? Mungkin saja ada benarnya. Namun ketikanya kita bagaikan keliru, ada perkara dan persoalan bermain difikiran., berikut sedikit panduan untuk renungan bersama
1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup
bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Mungkin yang ini dipanggil serasi?
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai tarikan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berpura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, untuk menarik perhatian, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,
dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan, asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Jika ‘firasat’ kita kuat. Kita dapat mengesan sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran pegangan di hatinya, kebahagiaan akan wujud. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
6. Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang ‘berjodoh’, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang ‘berjodoh’, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Akui kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati (firasat) dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
11.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
12. Bercintalah tanpa syarat.
Bagaimana? Jika telah diyakini bahawa kekasih / teman kita itu adalah pasangan hidup kita. Maka sedari awal percintaan hatta sampai hujung nyawa,.bercintalah bersamanya tanpa syarat. Jika tidak cinta anda pasti kecundang ditengah jalan.
Manakan tidak, ketika syarat yang terpendam masih dipenuhi, rasa cinta akan membuak hingga tumpah kelantai, akan tetapi pabila prasyarat cinta mula terhakis, atau mula berakhir, cinta pasti bisa terbang keluar jendela.
Bayangkan seawal cinta bila ditanya : apa sebab kau jatuh cinta kepada nya?
Lalu dijawab, oh kerana wajahnya yang tampan / kejelitaan.. pasti pada satu hari ketampan atau kejelitaan mula luntur, apakah masa itu cinta pun mula berjalan kekubur?.
Jika harta jadi panduan.. satu hari harta hilang, maka cinta pun terbang melayang.
Justeru,. Jangan letakkan syarat sebagai penyebab cinta lahir. Jadikan Allah swt sebagai dasar memupuk dan mengakhiri cinta. Insya’allah jikalau sekalipun berlaku sebaliknya setelah semua usaha yang baik dilakukan, kita boleh bertenang dan menerima ketentuan takdir diatas takdir yang Allah aturkan.
Justeru, teman, usahakan dengan baik jika mencari jodoh,kerana pasangan hidup bukan untuk sehari, setahun, jika boleh kita ingin hanya nyawa sebagai pemisah. Selagi ada daya, ranjau dan cabaran ditempuhi bersama dengan tenang dan redha….
Ya Allah.. Kau yang mengatur jodoh kami, maka temukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kami didunia dan diakhirat.. biarlah kami bercinta sampai kesyurga … amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam....
Saya sokong dengan artikel nie... apapun kalau sudh jodoh tidak kemana..usia, pangkat, darjat, atau apa sahaja tidak kira... bab kejujuran memang penting..kalau tak jujur memang tak kekal lama
as for me x ikut tips2 kt internet,,, jz follow ur intuition... =)
Betul tu....kdg2 kite just kne let go je....
kejujuran dan keikhlasan yang penting....dan yang terbaik..
so...semoga info yang dikongsi dapat manfaat semua pihak..