بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Aku keliru dengan kehidupan

Posted in , ,


Memang sudah fitrah kita untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan, namun dalam masa yang sama kita sering diuji dengan pelbagai ujian. Jangan lah anggap ujian itu sebagai satu halangan atau perkara yang akan mematahkan semangat, Tapi sebaliknya, kita patut rasa bersyukur, kerana kita di uji. Mengapa patutnya ada rasa bersyukur? Kerana kita masih disayangi oleh Allah.

Saya akui saya bukanlah manusia yang terbaik seperti anda, yang memang tidak layak untuk menegur atau menyoal apa yang anda lakukan. Tapi saya sedar semua itu. Saya hadir bukanlah untuk menggugat kebahagiaan orang lain, saya tak punya kisah gembira untuk dikongsi.

Janganlah salah anggap akan saya. Nawaitu saya hanya kerana Allah, dan bukan kerana nafsu semata-mata. Biarpun orang sering menyalah anggap saya, saya tak pernah hiraukan anggapan itu semua, namun saya tahu perkara yang lahir dari hati dan keyakinan terhadap Allah akan membantu saya.

Sering terdetik di lubuk hati saya, bagaimana untuk berkasih atau memberikan perasaan kasih sayang itu dalam keredhaan yang diredhai Allah, Namum rona-rona kehidupan yang saya lalui seringkali menjadi panduan buat saya untuk terus memahami permainan dunia, dimana dan apakah watak yang sedang saya pentaskan.

Kadangkala tanpa sedar , kita sendri yang bisa membuatkan orang lain jauh daripada kita, bukan ditujukan kepada anda sahaja, malah saya juga turut pernah laluinya. Ini semua adalah yang dikatakan permainan dunia, ada yang akan menang dan ada yang akan kalah. Namun biarlah kita kalah dengan bermaruah daripada menjadi bacul dan hina.

Sebab itu pernah saya berpesan kepada kawan saya, dimana watak yang kita sedang pentaskan sekarang ini kadang-kadang hina di dengar. dalam soal hati dan perasaan, kita ini diibaratkan seperti pengemis yang sering mengemis kasih sayang dari insan yang tersayang. Atau mungkin juga kita ni diibaratkan seperti penagih yang sering menagih simpati untuk dikasihi atau mungkin penipu, pengkhianat dan lain-lain lagi yang anda boleh tafsirkan sendiri isi tersiratnya,jadi di manakah kita?

Saya bukanlah pandai bermadah kata-kata cinta yang hanya indah di dengar dan bukanlah seorang yang mampu membuatkan orang lain bahagia. Oleh itu, apa-apa pun Ukhuwah yang kita sudah bina, hargailah ia sebelum ia pergi melupakan kita yang hanya leka dengan permainan semata-mata.

Terika Kasih sahabat kerana anda sering mengingatkan saya yang sering terlena.

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails