بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Panduan Memilh Sahabat.

Posted in , , ,

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:




* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Comments (1)

aku baru je melalui fasa diperbodohkan bekas sahabat, i might say. tapi aku dah move on. biar dia dengan mentaliti keanak-anakannya.

hooh.kalau ko perasan, kurang seorang follower kau. jangan risau, aku tetap follow korang, cuma anonymously jer.hoho


p/s: aku bukan psiko delete orang suka-suka hati. sekian.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails