بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Media & Rahsia kedatangan Dajjal , The Arrivals

Posted in , ,


Sejak berbulan yang lalu, saya mula mengkaji keberkesanan media terhadap pemikiran masyarakat, namun setelah pencarian saya hampir putus asa, dan menemui bermacam jenis jawapan yang membuatkan saya hampir keliru, Akhirnya, saya terjumpa satu laman yang bertajuk Wake up Project.

Dalam Wake up Project saya menemui bukan sahaja jawapan kepada pencarian saya, namun sebenarnya lebih daripada itu. Bagaimana media digunakan untuk kepentingan politik, meracuni pemikiran dan punca kepada segala bentuk kerosakan akhlak dan juga kepercayaan kita.

Begitu halus permainan mereka sehinggakan, tidak dapat dikesan oleh pemikiran kita.

Dalam Wake up Project, memaparkan sebuah dokumentari yang mendedahkan sebuah perkara yang selama ini menjadi jarum suntikan yang mengandungi sejenis racun yang amat berbahaya ke dalam pemikiran-pemikiran kita sehingga membuatkan saya, mulai berfikir dan menilai kembali apa yang telah saya lakukan dengan mengaitkan sesuatu dengan persekitaran kita sekarang ini.

Siri dokumentari ini di beri nama The Arrivals ( Ketibaan) , Membongkar rahsia ketibaan Al-Masih Dajjal dan rahsia suatu sistem yang digelar The New World Order ( Sistem Pemerintahan Baru Dunia). Dokumentari ini amatlah ditakuti oleh golongan tertentu sehinggakan kumpulan anak muda yang mendedahkan konspirasi dalam video ini mendapat ugutan bunuh.

Ada antara video-video ini telah di "Remove" dari dalam Youtube oleh pihak yang takut dengan pendedahan ini.
Saya telah menonton kesemua 51 episod pendedahan berani ini, sesiapa yang mengenali saya, boleh dapatkan video tersebut dengan saya.

selain itu bolehlah layari http://thearrivals.blogspot.com/

Comments (2)

salam... dinda da tgk the arrivals ni. tapi xpenuh. n xberapa paham sgt bbrp butir kata.. almaklumlah english dinda hebat sgt... muahaha.. apapun, series ni mmg ttg membuka mata dinda ttg manipulasi yg jadi kat dunia skang ni.. harap2 adalah org rajin yg buat sutitles utk bm.. then spread it to malaysian... :)

@Dinda : Saye ade yang full version ade subtitle melayu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails