بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Isu gay, rumah urut, undang-undang

Posted in


Video yang disiarkan oleh Harian Metro ini adalah ulasan dari serbuan yang dilakukan oleh pihak berwajib ke atas 2 buat rumah urut yang tidak berlesen. Rumah urut yang menawarkan perkhidmatan urut oleh tukang urut lelaki itu mendapat pengunjung dari pelanggan yang semuanya lelaki atau pun dikategorikan sebagai GAY.


Banyak pendedahan telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tentang isu gay ini didalam negara. Antaranya ialah wartawan Mazidul Akmal  Sidik yang mengulas lanjut terhadap video diatas dalam blog beliau




Kesemua premis tersebut disita, namun malangnya cuma dikenakan saman kerana tidak mempunyai Lesen yang sah dan salah menggunakan pas lawatan ke atas tkang-tukang urut yang rata-ratanya adalah pendatang asing. Pihak JAWI pula hanya mendakwa seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita. Walaupun sudah terbukti kondom bersepah, namun tiada peruntukan undang-undang untuk menangani golongan GAY ini. Baguslah kerajaan kita, bila dulu pihak berkuasa menangkap seorang wanita bernama Kartika  dan ingin melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai kerana didakwa minum arak, bukan main heboh lagi di dada-dada akhbar. "Inilah yang patut kita laksanakan, undang-undang syariah". Namun apabila anak orang yang berjawatan besar dalam kerajaan miliki kilang arak San Miguel tiada tindakan diambil. Untung dapat jadi anak menteri ni. Bangga jugak dapat tinggal dalam 1Malaysia yang aman damai dan yang penting negara Islam. Congrats Kerajaan!!!


Saya juga ingin berpesan kepada semua pria-pria agar berwaspada di setiap langkah anda, kerana anda mungkin boleh menjadi santapan atau isu panas buat pembaca-pembaca blog http://kesahdunialaki.blogspot.com/   mungkin anda juga boleh tersenarai dalam kategori anak ikan atau snap-snap Bahaya......sebab komen-komen jijik oleh KDL amat menjijikkan. Cek la tengok, kot-kot ada wajah-wajah hensem anda tersenarai jugak. Nauzubillah, semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada penulis KDL agar segera bertaubat. Jangan lah sampai Allah menterbalikkan Malaysia seperti Kota Sadum yang didiami oleh Kaum Nabi Luth.



"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (QS. Al A'raaf, 7: 80-82)

Jom tengok selingan video pelaksanaan Hudud di Aceh



Comments (5)

anak ikan buntal dan ikan keli ada x? hehe

ikan geli2.. wekk. muntah aku..

auwww geli mak nengok nyer nyah...
wahahahahahaha...

hahahahahahaha......mmg KDL cari elnino....

terkezut makkk!!!
auwww!

hahahahah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails