بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Kerajaan Luluskan Lesen Perjudian Bolasepak

Posted in ,




Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.



Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Sumber Malaysiakini


sinis : Dari artikel ini saya rasa bangga tinggal dalam negara Islam Malaysia dan kerajaan yang memperjuangkan agama Islam.
Boleh pakai ke:
Perjudian Haram : Perjudian yang tiada lesen dan tidak membayar cukai kepada kerajaan.
Perjudian Halal   : Perjudian yang berdaftar dengan kerajaan dan membayar cukai kepada kerajaan dan menjana ekonomi negara?

Comments (6)

fuyoo!!
welcome to dunia perjudian...
heheeee

kalau haram kerajaan tak dapat apa2 keuntungan.. sebaliknya?? paham2lah uda.. gagaga

ade udang di sebalik batu....

apa dah nak jadi dengan kerajaan msia sekarang ?

entah la kwn2.....

halalkan filem lucah pulak la lepas ni ye encik kerajaan malaysia?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails