بسم الله الرحمن الرحيم

Aku adalah pemilik sementara yang tiada kekal melainkan yang kekal itu hanyalah Yang Maha Kekal. Seorang anak dagang yang merantau jauh dari halaman untuk mengejar impian. Tatkala kesepian mencari pedoman, tidaklah leka mengabai perintah, laksana amanah. Anak ini daif, jahil, ingin tinggalkan jauh kejahilan dan kedaifannya demi merubah takdir yang tidak tersurat.-Azry

twitter

Follow on Tweets

Dulu gune domain [dot] com

Jauhi zina ketika bercinta

Posted in

JIKA seorang bercinta dan terjebak dalam maksiat tetapi tidak sampai melakukan zina, adakah dikira berdosa dan apakah dosa seseorang diampunkan selepas dia sedar melakukan banyak dosa, lalu insaf dan menyesal dengan apa dilakukannya? Dalam satu situasi pula, adakah si A berdosa jika dia mengaibkan si B, walaupun memang betul si B berkelakuan seperti yang si A ceritakan kepada orang lain? Mengenai kegagalan seseorang mengerjakan solat fardu, apakah ia perlu diganti jika individu terbabit ingin kembali ke pangkal jalan dan bagi lelaki, bagaimana pula dengan solat Jumaat yang ditinggalkan?

SITI BALQIS, Kedah.

Jawapan:MELAKUKAN maksiat kepada Allah dengan mengingkari suruhan dan larangan Allah tetap berdosa. Bagaimanapun, apabila seseorang insaf dan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, dosanya akan terampun. Bagi dosa kecil boleh terhapus dengan beristighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah. Mengambil wuduk juga dapat menghapuskan dosa kecil. Dalam bercinta, nasihat saya supaya anda tidak keluar berdua-duaan kerana boleh menjurus kepada dosa yang besar iaitu zina. Sebagai ingatan, zina termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Ini kerana ia mempunyai akibat buruk di dunia dan akhirat. Akibat dosa zina, amalan baik tidak dikira kecuali dia kembali bertaubat, beriman dan melakukan amal yang seterusnya. Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqan (25): 68-70). Perbuatan mengaibkan seseorang dikira berdosa. Seorang beragama Islam hendaklah menjaga aib dan maruah seorang Islam yang lain. Membuka aib orang lain walaupun ia adalah satu kebenaran termasuk dalam dosa mengumpat. Solat fardu yang ditinggalkan hendaklah diganti (qada) seboleh mungkin di samping bertaubat kepada Allah dan memastikan solat fardu seterusnya tidak ditinggalkan. Di samping itu, seseorang dinasihatkan banyak melakukan amal soleh seperti solat sunat dan bersedekah memandangkan qada solat tidak menyamai solat fardu itu sendiri. Sekiranya meninggalkan solat Jumaat, individu terbabit hendaklah menggantikannya dengan solat Zuhur (jika dia tidak menunaikan solat Zuhur pada waktu terbabit). Ia sama seperti mereka yang tidak dapat bersolat Jumaat hendaklah solat Zuhur.

Comments (0)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails